Friday, January 23, 2009

Luahan Rasa

Emel kiriman Sdr zakaria zaxx kepada kami:

Pernah lihat thriller terbaharu filem Langkasuka sebuah filem Nasional negara Thai?
Filem ini menelan belanja sekitar 20 milion USD..
Sejarah Langkasuka yg dipaparkan adalah berdasarkan kisah benar Thailand dan cerita sejarah tersebut boleh dipercayai kesahihannya kerana Thailand telah mempunyai suatu sistem penulisan yang maju dan lengkap ketika itu dan sejarah tersebut telah tecatat dalam penulisan sejarah negara mereka.. dalam cerita tersebut membuktikan bahawa kerajaan melayu Pahang telah wujud lebih awal daripada kerajaan melayu Melaka.. pada masa tersebut dikisahkan kerajaan Langkasuka telah menjalinkan hubungan diplomatik dengan kerajaan Pahang.

Seperkara lagi pada hemat saya negara China terlebih dahulu menjalinkan hubungan perdagangan dan diplomatik dengan kerajaan Pahang sebelum kerajaan Melaka kerana ianya lebih dekat jika dibandingkan dengan kerajaan Melaka.

Saudara pernah menonton filem Puteri Gunung Ledang lakonan Tiara dan M.Nasir?
Saya rasa filem tersebut telah lari dari fakta penceritaan sejarah yang sebenarnya.. justeru itu Sasterawan Negara A.Samad Said mengatakan bahawa beliau tidak faham tentang jalan cerita serta fakta sejarah dari filem tersebut walaupun telah menontonnya berkali2.

Bagi saya adalah suatu yang lucubila penerbit filem tersebut mangambarkan bahawa kerajaan melayu Melaka tak ubah seperti sebuah perkampungan Orang asli... ( hanya istana Sultan sahaja dibangunkan..)
Sedangkan rumah-rumah rakyat Melaka tak ubah seperti pondok menunggu.. tidak adakah di kalangan sejarawan Melayu yg berani tampil ke hadapan mengkritik filem tersebut?
Bukankah filem tersebut menghina sejarah kegemilangan orrang-orang Melayu suatu ketika dahulu?

Bukankah pada ketika kegemilangan kerajaan Melayu Melaka dahulu Melaka telah menjalinkan hubungan diplomatik dan perdagangan dengan empayar besar dunia ketika itu seperti negara China, India dan negara-negara di benua Arab..bolehkah saudara terima dengan akal yang sihat bahawa semua empayar-empayar besar tersebut telah menjalankan perdagangan sesama mereka di sebuah perkampungan orang asli (Melaka) seperti yang digambarkan di dalam filem tersebut?

Bukankah ketika negara China, India dan negara2 Timur Tengah berdagang di Melaka mereka telah membawa segala macam teknologi baik dari segi pertanian, pembuatan dan pembinaan bangunan. Justeru itu bagi saya tidak logik langsung jika penerbit filem tersebut cuba menafikan segala kemajuan serta ketamadunan empayar Melaka ketika itu.

Suatu yang tidak masuk dek akal bilamana negara-negara di Eropah suatu ketika dahulu pernah menggambarkan Melaka sebagai Venice Of The East tetapi dalam masa yang sama warganegara kita sendiri cuba manafikannya di dalam filem tersebut. Apakah tindakan yang dilakukan oleh Kementerian Penerangan dan KeKKWa terhadap penghinaan tersebut? Mengapa kita merosakkan segala sejarah bangsa kita.. sudahlah sejarah pejuang-pejuang kemerdekaan negara cuba dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu demi kepentingan politik kepartian mereka sehinggakan buku-buku sejarah di sekolah-sekolah kita tak ubah seperti buku-buku dongeng semata-mata. Cuba lihat sejarah kemerdekaan negara kita, siapa pejuang-pejuang kemerdekaan yang sebenarnya..?

1 comment:

Jamdali said...

Salam..

Maaf saya tidak bermaksud mengecilkan atau mengelirukan sesiapa cuma teringat sejarah lisan yang pernah saya dengar dari 0rang Tua tentang Puteri Gunung Ledang dan Hang Tuah.

Daripada sejarah lisan yang saya tahu Hang Tuah dan sejarah Puteri Gunung Ledang pada jasadnya mereka hidup pada zaman yang berbeza. Kehidupan mereka penuh mistik dan kerahsiaan masing-masing kerana tugas dan peranan yang mereka jalankan.

Yang saya tahu sejarah asal Puteri Gunung Ledang adalah seorang Puteri Raja dari kerajaan awal Majapahit Hindu bernama Anjak Asmoro yang merajuk membawa diri ke tanah seberang yang dikisah dalam cerita rakyat Jawa.Ada juga orang menyebut disinilah bermula kisah melayu iaitu melayu dalam bahasa jawa bermaksud lari membawa diri.

Pencarian Sang Raja mencari puteri yang hilang itu berkait rapat dengan pencarian melalui spiritual sehingga melihat satu tempat yang bercahaya terang bersilau-silau, diceritakan dalam bahasa jawa cahaya yang melok-meloko kemudian disebut orang tempat yang bernama meloka dan sekarang disebut orang negeri Melaka.

Beberapa tahun yang lepas pernah saya dengar dari orang-orang yang bertapa di Gunung Ledang menemui Puteri Gunung Ledang berupa seorang perempuan tua menjelma sebagai Nenek Kebayan. Amalan tersebut selalu dirahsiakan kerana untuk mengelakkan pandangan negetif dari pihak yang kurang arif tentang perkara ghaib dan perkara nyata.Ada juga saya dengar orang-orang bertapa ini meletakkan syarat pertapaan sehingga bertemu dengan Puteri Gunung Ledang. Maaf saya tidak pernah mengikuti amalan tersebut cuma saya pernah mendengarnya dari orang-orang yang pernah mengikuti amalan tersebut. Inilah sedikit sebanyak yang pernah saya dengar berkaitan kisah Puteri Gunung Ledang.

Sejarah lisan Hang Tuah yang pernah saya dengar nama tersebut adalah nama gelaran kepada Kang Tuwo bermaksud Yang Tertua kemudian disebut orang Hang Tuah, beliau adalah dari keluarga kerabat raja dari Majapahit juga pada zaman awal kejatuhan majapahit Hindu/Buhda kepada era majapahit Islam. Perjalanan keluarganya singah di merata tempat di kepulauan melayu sehingga datang ke Melaka untuk berkhidmat kepada Raja Melaka. Diatas khidmat taat setia kepada raja itulah Laksamana Hang Tuah difitnah sebagai ujian yang paling tinggi tentang kesetiaannya kepada Raja Melaka seperti dikisahkan cerita antara Hang Jebat dengan Hang Tuah.

Selepas ujian kesetian menjadi seorang hamba kepada raja mampu dilepasi oleh Hang Tuah dalam babak Hang Tuah dengan Hang Jebat, maka kisahnya hilang dan tidak lagi dicerita orang di Negeri Melaka. Sejarah lisan yang saya dengar beliau pulang ke Jawa dan menukar nama yang lain membantu perkembangan Islam disana.

 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Intydez